Sunday, February 27, 2011

Ku Di Matamu

Saat lalu itu sukar untuk aku lupa,
Namun bila datangnya saat baru,
Aku seakan-akan terima dengan keikhlasan,
Aku pada saat itu,
Masih dalam kepingga-pinggaan,
Masih dalam kebuntuan sendiri,
Masih dalam kelam sendiri,
Rupanya saat itu aku masih buta tentang dia.

Dan dia dengan penuh sabarnya menanti,
Menanti saat untuk mencipta bahagia,
Dan aku pula masih dengan kelamku,
Dia tabahkan kesabaran dalam menanti,
Air mata menjadi teman sepanjang malam,
Demi untuk menghiasi sisa hidup dunia.

Waktu itu terus berlalu,
Namun tiada jua untuk aku sedari,
Saat untukku cipta bahagiaku sendiri,
Sehinggalah suatu saat,
Saat yang benar-benar menyedarkan aku,
Saat yang selama ini aku nantikan,
Saat yang kuimpikan selama ini.

Dan alangkah gembiranya hati ini,
Tiada kusangka ia benar-benar wujud,
Setelah kulalui beberapa peringkat kesabaran,
Kutemui sesuatu yang kucari dalam hidup,
Lalu kumenadah tangan mengucap kesyukuran,
Kesyukuran kehadratNya.

Dan cinta itu terus melangkah,
Jalan yang dilalui tidak seperti yang disangka,
Serpihan sembilu yang halus bertaburan,
Kilauan sembilu itu kusalutkan dengan kesabaran,
Dan kesabaran itu jugalah kubawa bersama,
Setiap langkahku hanya keikhlasan yang kubekalkan.

Kini perjalanan hidupku bukan lagi bersendirian,
Kusentiasa diteman,
Kusentiasa diingati,
Kusentiasa didamaikan,
Syukurku kepadaNya,
Kerana Dia kenalkan aku dengan insan yang kucari,
Dan kumemohon kepadaMu agar kami dikekalkan ke syurgaMu.


by wan azran
15 feb 2011
2030 waktu Malaysia

Sepetang Bersama Technical SPMS'10


Menjadi satu kebiasanya dalam suasana bekerja. Apabila penat serta tension semasa bekerja, ingin jua kita merehatkan minda serta melepaskan tekanan dan juga lepak bersama-sama sambil melupakan segala masalah kerja.
Lokasi terbaik pilihan kali ini adalah Aroma Ikan Bakar yang terletak di Pantai Jeram, Selangor Darul Ihsan. Kami terlebih dahulu berkumpul di tol Batu 3 untuk konvoi ke sana. Kebetulan cuaca pada hari tersebut amat baik. Sementara menunggu geng-geng yang lain, sempat juga kami merakam telatah-telatah orang-orang di sekitar lebuh raya. Panas menanti, tetap sabar kerana yang menanti kami adalah suatu keenakkan yang hanya jarang-jarang untuk kami menikmati. Panas, agak lama menanti, bila dikira semula hampir-hampir 2 jam. Biasalah bila konvoi. Mana yang cepat tunggu yang lambat. Kalau lambat sangat tinggal pun elok juga. Bukan apa, janji pukul 3 datangnya pukul 5 memang patit tinggal aje. Biar dijadikan satu pengajaran buat insan tersebut.
Bila semua dah berkumpul, kami gerak bersama-sama menuju ke Pantai Jeram. Dah sampai di lokasi yang kami tuju, meja telah tersedia menunggu kami. Setia menanti ketibaan kami. Order pelease!!! Wah, sesampai sahaja di meja terus panggil order? Memang tak sabar agaknya. Tak tahu ke yang kena pilih lauk dahulu? Buat malu jer, tapi tak mengapa sebab ada alasan lain. Kami order lah air tersebih dahulu. Tak banyak yang kami minta, dalam 2 jak air sahaja. Sementara itu kami melepak kat pantai sekejap. Ini dia geng SPMS yang dapat turut serta, dari kiri ihsan, syam, daus, wan, jamil dan yang duduk itu zaim. Budak kecil tu anak kepada syam.
Masa makn tiba, nak tahu apa yang kami makan? boleh lihat gambar-gambar di bawah yer. Ni masa pilih-pilih lauk. Taklah banyak sangat yang kami ambil, cuma ikan, udang, ketam, kerang serta sotong jer. Mula-mula pilih udang yang kecil-kecil, tapi kejap kemudian udang yang besar sampai. Semua udang-udang kecil di tuang balik, udang yang besar menjadi pilihan. Kami mahu makan sebentar yer. Bila tengok semua hidang yang datang semuanya mengeliurkan. Semua pandang tak berkelip, perut pula masing-masing tengah lapar. Maklumlah dari tengah hari belum makan semata-mata untuk melantak di Aroma Ikan Bakar ini. Satu demi satu lauk-lauk sampai. Tapi nasinya mana? Air yang tempah dari tadi mana plak? Boleh tercekik macam ni. Tak per, tunggu sebentar lagi. Melihat pada lauk pauk yang ada, yang terlah terhidang siap di meja membuatkan kami berpuas hati. Tentang harga atau jumlah pesanan ini, itu kira kemudian. Yang penting makan untuk mengisi perut yang dah berkeroncong ini. Santap jangan tak santap. Bila rasa, rasa nak lagi. Rasa lagi sekali, tengok dah habis. Masing-masing mencuba rasa masakan smbil menuggu nasi sampai. Tapi lauk dah semakin berkurangan nasi belum sampai lagi. Mana nasi ni? Makan je lah lauk-lauk yang ada terlebih dahulu. Dah semakin kenyang tapi nasi tak juga sampai. Bila lauk dah nak habis baru nasi sampai. Banyak lagi gambar-gambar menarik namum tak sempat untuk dimuatkan di sini. Bagi sesiapa yang ingin merasa bolehlah mencubanya sendiri di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Selangor. Thanks geng SPMS'10






Friday, July 23, 2010

SPMS Family Day @ Pangkor Island

Tempat itu sekali lagi menjadi saksi kedatangan aku buat kedua kalinya. Awal 2009 yang lepas aku telah menjejakkan kaki ke buminya namun pada pertengahan 2010 ia menyambut kedantaganku lagi. Tanggal 9 julai 2010 itu menyambut aku dan warga Smart Parking Management System Sdn Bhd (SPMS) ke Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Dan ini merupakan kedua kalinya aku menjejakkan kaki ke Pangkor untuk bercuti. Andai dulu aku datang bersama kawan-kawan sekelas semasa belajar di UTM namun sekarang aku hadir bersama warga SPMS iaitu tempat aku menjadi rezeki setelah tamat pengajian dulu. Perkara yang paling menarik kerana aku dapat menciptakan pengalaman perjalanan serta aktiviti yang dijalankan dengan penuh keseronokkan. Kesemua perbelanjaan bermula dari Jeti Lumut sehingga kembali semula ke Jeti Lumut adalah dibiayai oleh SPMS sepenuhnya. Aku bersama geng bujang bertolak ke Lumut lebih awal daripada hari yang sepatutnya. Pada 8 julai aku bersama Ihsan, Aslam, dan juga Anuar menaiki van yang dimiliki oleh syarikat menuju ke Lumut. Dan pada masa yang sama Muru serta Syam juga turut serta bersama ahli keluarga menuju ke destinasi. Sebelum bertolak bersama-sama, kami berkumpul di hentian Sungai Buluh sekitar jam 10:00 malam. Kami bergerak seiring menuju ke Lumut. Destinasi pertama yang kami tuju adalah "Pekan Koboi" Setiawan. Sekitar jam 1:00 pagi kami tiba di Bintang Hotel Fajar untuk berehat seketika sebelum menuju ke Jeti pada pukul 12:00 tengah hari nanti. Kami geng bujang lepak satu bilik yang dilengkapi dengan 2 katil besar dan satu katil kecil. Kami melelapkan diri sekitar jam 3:00 pagi kemudian bangun awal bersiap untuk sarapan pagi. Sekitar 9:00 pagi kami mencari kedai untuk sarapan. Selesai sarapan kami geng bujang memandu van menuju ke Lumut. Untuk check out dari bilik hotel adalah jam 12:00 tengah hari. Masih ada banyak masa untuk meronda-ronda sekitar Lumut. Kami posing sekejap di tepi laut serta membeli belah sebelum berangkat ke hotel semula. Sekembali di hotel kami bersiap-siap untuk check out kemudian bertolak ke Jeti Lumut. Sesampai sahaja di Jeti kami berkumpul sebelum berangkat ke Teluk Dalam Resort. Dengan angin laut yang bertiup membuatkan segala kepenatan perjalanan hilang begitu sahaja. Feri tiba tepat pada waktunya.
Semasa berada di atas feri kami mengambil peluang untuk bergambar bersama geng technical serta bersama warga SPMS. Lebih kurang setengah jam perjalan menuju ke Teluk Dalam kami tiba diraikan dengan penuh meriah. Agak berbaloi setelah penat perjalan, sesampai sahaja kami disambut dengan penuh kemeriahan. Bukan senang nak dapat tempat yang apabila sampai kita disambut dengan alunan musik serta lagu selamat datang oleh pihak resort. Sekarang kami dah sampai. Perut pun lapar. Oleh itu kami segera berangkat ke cafe untuk menjamu selera. Pendek kata amat berselera sekali dengan lauk pauk yang sedap-sedap telah terhidang. Selesai makan aku masuk chalet bersama Ihsan dan Anuar. Kami bertiga satu chalet tapi agak malam sebab berpemandangankan stor serta gelangan tenis. Namun kami tetap cool. Janji boleh rehatkan badan serta lelapkan segala keletihan yang telah bersarang sejak semalam. Namun keletihan tersebut akan bermula tepat jam 5:00 petang nanti. Telemach antara kanak-kanak serta untuk dewasa akan menyambut sebentar lagi. Kami bersiap-siap serta terus ke padang untuk aktiviti yang selanjutnya. Mengisi air dalam botol, lari sambil membawa bola ping pong serta melukis menjadi acara untuk kanak-kanak. Bagi dewasa pula adalah boling kelapa, baling belon berisi air serta bola sepak. Sebaik sahaja games tamat kami mandi kolam sepuas-puasnya. Malam tu kami bersiap untuk makan malam. Namun yang paling best pada masa tersebut apabila hujan tetiba menghadirkan diri membuatkan kami bertempiaran lari ke tempat berteduh. Lepas makan malam semua buat aktiviti sendiri. Aku kembali ke chalet setelah lewat malam untuk merehatkan diri. Esoknya pelbagai aktiviti yang sedang menanti kami. Pagi esoknya mencipta sejarah buat SPMS apabila sarapan dijamah oleh geng-geng bujang terlebih dahulu. Kami bangun awal serta melepak di cafe sehingga kesemua warga SPMS tiba. Aktiviti seterusnya adalah tarian pocho-pocho yang merupakan senaman untuk pagi tersebut. Agak kelakar sebenarnya. Senaman dilakukan selepas sarapan serta gelagak masing-masing semasa menari pocho-pocho. Nampak agak ringkas pergerakan yang dilakukan namun kepenatan otot-otot badan sungguh mencengkam. Selesai susah senaman pada pagi itu. Kami kemudiannya berangkat ke pantai untuk snorkeling di Pulau Giam. Namun keseronokkan snorkeling terbatas apabila keindahan batu karang tidah dijumpai. Kami turun sekejap, kemudian naik kembali ke daratan sambil menungu tibanya bot untuk kembali ke persisiran pantai.
Petang itu pula kami mengelilingi pulau dengan jalan darat. Inilah masanya untuk membeli belah di Pangkor. Aku dengan geng bujang hanya memantau barangan sahaja. Pendek kata "window shopping". Setelah senja kami pulau ke resort. Setelah bersiap, aku turun untuk makan malam. Pada malam ni terdapat BBQ. Namun aku hanya sempat makan sekadar untuk alas perut kerana perutku meragam. Dan malam itu warga SPMS berkaroke sehingga ke tengah malam. Aku pula pulang ke bilik untuk berehat. Namun pada malam itu satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Memancing di persisiran pandai. Aku sempat menaikan seekor ikan duri. sekitar jam 1:00 pagi aku pulang ke bilik untuk berehat. Esoknya aku tidak bersarapan. Badan rasa penat, perut terasa kenyang. Begitu juga dengan Ihsan. Namun bila Anuar telefon yang ada aktiviti memancing aku terus bangun lalu mencapai joran menuju ke persisiran. Rezeki tak diduga. Sempat juga aku menaikkan senanggi serta tuke-tuke. Puas terasa kerana batang joran yang dipikul dari KL menaikan hasil. Hampir pukul 12:00 tengah hari kami balik untuk bersiap-siap. Sebentar lagi kami akan check out dari situ. Selepas makan tengah hari kami ke Jeti untuk menaiki bot menuju ke Lumut. Sebaik sahaja jejakkan kaki ke Lumut masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang pergi shopping malah ada juga yang terus pulang ke rumah. Aku sempat shopping sedikit makanan laut lalu pulang ke KL sebelum senja. Sesampai di KL jam menunjukkan pukul 9:00 malam. Kepenatan hilang bila teringatkan keseronokan yang berlalu. 11 julai 2010 telah memanggil kami ke Kuala Lumpur.

Friday, July 2, 2010

Jelajah Kota Raya


27 jun 2010 ~ Lokasi yang paling tepat dipilih oleh Shakirul pada kali ini. Bagaimana rupa orangnya tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat di sebelah. Setelah sekian lama tidak diketemukan nampaknya gaya rambutnya telah berubah. Gaya rambut terbaru seakan-akan pelakon korea. Namun aku menaip di sini bukan untuk menceritakan tentang si Shakirul tetapi ingin menceritakan tentang perjalanan kami berempat di sekitar kota raya Kuala Lumpur.
Lebih empat tahun aku tinggal di Kuala Lumpur. Namun kali ini mungkin agak berbeza sedikit. Setelah tamat pengajian diploma sejak tahun lepas kami semua membawa haluan masing-masing. Apabila masing-masing telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Shakirul membuat "planning" agar dapat berjumpa walau sekejap. Aku, faiz dan juga Sukri tiba di Time Square sekitar tengah hari. Kami semua lepak sambil borak dan juga "lunch" bersama di Subway. Lama tak jumpa "member" dari kedah ni. Bila jumpa rupa pun dah lain sikit. Faiz pula kelihatan makin bulat. Hihihihi... Sebenarnya sukri dengan Faiz selalu berkeliaran di KL ni. Namun si Faiz akan terbang ke Sarawak pada bulan julai ini untuk melanjutkan pelajarannya.
Setelah puas melepak di Time Square, kami merayap pula ke Plaza Sungei Wang. Faiz rembat sebijik "handphone" sebelum berlalu dari situ. Masjid Jamek menjadi destinasi kami yang seterusnya. Macam tak pernah ke sana pulak aku rasa. Lagak sebagai seorang pelancong tu tetap ada. Dengan peta KL pun nak ambil gambar? Layan jelah. Kang kalo tersesak boleh gak rujuk peta ni. Tapi kalau sesat dalam KL tak kan ke mana pun. Pusing-pusing tempat yang sama juga barangkali. Dah sampai Masjid Jamek "just" tengok-tengok barang kami beredar ke Pasar Seni. Korang ingat Masjid Jamek dengan Pasar Seni tu jauh ker? Tapi bagi kami walau ia dekat namun mengambil masa hampir sejam berjalan ke sana. Nak tau sebab apa? Sebab sibuk duk "posing" tepi jalan. Bukan selalu nak bergambar berlatarbelakangkan KL nie.Aku join ajer la. Orang bukan tahu pun. Janji kami semua seronok. Kadang-kadang bila berjalan bermacam-macam karenah manusia yang dapat kita lihat.
Dah sampai ke Pasar Seni lain pula jadinya. Ingat nak beli barang tapi bila dah sampai tu merayap dan bergambar je lebih. Tengah-tengah merayap kat dalam Pasar Seni ni perut pun terasa lapar la plak. Kami melantak di "foodcourt" yang kat atas tu. Kalo tengok gambar ni tentu korang ingat kami lapar sangat-sangat atau pun ia seperti satu pertandingan makan mee. Namun ini semua hanya kebetulan semata-mata. Bila perut dah kenyang dah mula la malas nak berjalan-jalan.
Tapi ada perkara menarik yang terjadi. Hahahahahahaha... Izinkan saya untuk gelak sebentar. Nak mencuba la katakan, apalah salahnya untuk merawat kaki yang dah lenguh berjalan sebentar tadi. Jadi, Faiz dan Shakirul mengambil peluang untuk buat benda yang tak pernah dibuat lagi. Dalam bahasa lain kami kenali sebagai "fish spa". Tapi tahap geli tapak kaki bila ikan-ikan itu memakan kulit-kulit mati membuatkan seseorang itu ketawa tak tertahan. Perut dah kenyang, Kaki dah terubat tahap lenguhnya, jadi lokasi seterusnya adalah KLCC. Namun malangnya aku dan Sukri tak dapat turut serta. Aku kembali ke site manakala Sukri pulang ke Shah Alam. Seterusnya Faiz dan Shakirul meneruskan lokasi mereka di KLCC. Kami berpisah di Stesen LRT Masjid Jamek. Dan semoga jumpa di akan datang. Semoga berjaya juga aku ucapkan buat kawan-kawanku semua. Jangan lupa kengkawan la yer.

Tuesday, February 16, 2010

Jejaki Ketenangan


24 jan 2010 ~ Lokasi yang dipilih adalah Ulu Yam Gombak Selangor Darul Ehsan. Jauh dari kesibukan kota terdapat aliran anak sungai yang sejuk serta menyegarkan badan. Aku singgah bersama seorang kawan untuk mandi manda sambil menghilangkan segala kekusutan kota. Kawasan persekitaran yang hijau dikelilingi oleh pokok-pokok yang masih segar menghijau menambahkan lagi ketenangan serta dapat melupakan terus buat sementara waktu segala kesibukan kota. Namun, hadirnya aku di sini bukan hanya brerdua. Kami ditemani oleh orang ramai yang turut hadir bersama keluarga masing-masing serta bersama kawan-kawan untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka. Dengan kawasan yang berbatu-batu aku melangkah berhati-hati untuk turun ke dalam air. Sebaik kakiku menyentuh air, sejuknya terasa sehingga ke tulang-tulang dalam badanku. Aku puas menikmati kehijauan yang masih semula jadi di sini. Aliran air yang deras serta bunyi-bunyi penghuni hutan menyerikan lagi suasana. Mereka seolah-olah menyambut kedatangan kami ke sana. Kedalaman air tidaklah terlalu dalam dan ia amat sesuai untuk datang seisi keluarga. Ulu Yam ini akan dipenuhi oleh orang ramai bila tiba hujung minggu atau cuti-cuti am. Mungkin ia telah menjadi tempat oleh penduduk kota untuk menhabiskan masa bersama keluarga. Dan mungkin di suatu hari nanti aku akan singgah buat sekian kali di sini bersama kawan-kawan. Selain itu, di sini juga terdapat titian gantung yang boleh menarik minat orang ramai untuk menyeberanginya. Namun awas bagi sesiapa yang gayat kerana ia boleh membuatkan kita kepeningan. Dan bagi sesiapa yang ingin menikmati kesejukan airnya, datanglah ke sini.

Friday, February 12, 2010

Singgah Johor '09


13-15 ogos 2009 menjadi waktu yang paling sesuai untuk aku lepak buat seketika di Johor. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Johor atas dasar untuk menemani kawan-kawan menjalani raptai konvokasyen di Universiti Teknologi Malaysia.
Lokasi yang kami pilih untuk tenangkan minda ialah Danga Bay. Pemandangan laut yang tenang menghilangkan
kepenatan yang dialami sepanjang hari. Kami yang bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 11:30 malam pada 13 ogos dengan menaiki sebuah kereta yang terdiri dari aku, Sukri, Faiz, Liza dan juga Shaz. Selepas raptai kami meronda2 kawasan UTM Skudai yang tersergam indah sehingga lepas waktu zohor.
Teringin untuk sambung belajar di situ namun ia bergantung pada rezeki nanti. Selepas penat bersiar-siar di UTM kami ke Danga Bay. Suasana senja memang indah serta tenang. Kami hanya sempat pusing-pusing buat seketika serta ambil gambar sehingga matahari menjatuhkan diri.
Masa sentiasa mencemburui setiap langkah yang kami jejaki. Dan apabila senja berlabuh kami terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pada dasarnya niat di hati untuk singgah di Melaka namun akibat kepenatan yang teramat sangat kami terus ke destinasi iaitu pulang terus ke Kuala Lumpur. Mungkin di suatu hari nanti kami datang buat sekali lagi untuk meninjau setiap keindahan yang belum kami lihat.

Dari kiri :: Shaz, Liza, Sukri, Wan Azran, Faiz, Dijah.

Monday, October 19, 2009

3DDP'0609 UTMIC Dalam Kenangan

Masa itu telah lama terkubur rapi namun kenangan masih lagi segar dalam ingatan. Tidak rugi untuk kita imbau kembali apa yang telah kita lalui sewaktu bersama dulu. Dan untuk kita kembali ke saat itu adalah perkara yang tidak mungkin terjadi dalam perjuangan kita.
Pulau Pangkor, Lumut menjadi tempat indah untuk kita sepanjang berada di Universiti Teknologi Malaysia International Campus. Januari 2009 telah menjadi saksi buat selamanya. Sepanjang 3 tahun pengajian di UTM, dan inilah saat yang paling mungkin tidak dapat kita lupakan. Geng 3DDP yang sememangnya menjadi buah mulut pensyarah kerana dengan karenah yang tersendiri bukan hanya berakhir di situ. Semoga dengan apa yang telah kita lalui bersama menjadi jalan hidup untuk kita berjaya di masa hadapan. Dan saat itu tentu sekali cukup berbeza dengan apa yang kita lalui dahulu. Dan perpisahan ini membawa kita ke jalan masing-masing.
Setiap apa yang kita jumpa sudah semestinya akan menghilang di suatu hari nanti. Dan perpisahan kita semua bukan hanya kekosongan yang harus kita sesalkan buat selamanya. Jalan hidup kita masih jauh kawan. Banyak yang masih belum kita temui. Namun, apa yang kita temui di akan datang tentu sekali berbeza dengan apa yang kita temui sebelumnya. Mungkin sesetengah dari kita cukup dengan hanya Diploma Kejuruteraan Perhubungan ini dan mungkin jua sesetengah dari kita ia adalah sesuatu yang belum cukup lengkap. Tetapi, apa jua jalan yang dipilih ia adalah suatu kehidupan. Dan mungkin suatu hari nanti kita semua akan kembali buat seketika di persimpangan yang memisahkan kita. Hidup yang hanya sekali ini kita manfaatkan dengan sepenuhnya. Ia tak mungkin berulang walau sesaat wahai kawan.
Aku masih ingat saat itu, sewaktu kita d
alam perjalanan ke Lumut. Kerisauan kerana tayar kereta Faiz hampir terbelah menyebabkan plan sedikit berubah. Namun, kesorokkan berkonvo mampu menghapuskan kerisauan itu. Ingat lagi saat kita sesampai sahaja di Pangkor, aktiviti pertama yang kita lakukan ialah mandi laut. Maklumlah, KL mana ada laut. Namun, malam itu lebih indah bila kita berkumpul bersama mengelilingi unggun api di tepian pantai di temani sepoi angin malam. Dan esoknya sudah semestinya indah buat kita. Snokerling bersama-sama di Pulau Giam. Melihat dan memberi ikan makan. Dan saat itu sekala luka-luka terkena batu dilupakan buat seketika. Dan seharian menyelam, kembali semula ke pantai untuk berseronok. Malam seterusnya di sambut dengan pesta menyanyi. Tidur hanya sejenak tidak menjejaskan kami asalkan keseronokkan itu yang kami utamakan. Dan hari terakhir di sana, kami berkayak megelilingi pulau sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Saat-saat serta kenangan itu bukan untuk dilupa dan bukan untuk diabai. You All dalam kenangan.
Ingatlah saat senyum kita bersama, lupakan saat kita menangis dulu buat seketika. Selamat menjadi Graduan semua. Simpang telah kita temui. Ayuh pilih untuk diri anda. I always miss you all.
Dalam kenangan 3DDP UTM IC. "Problem Never Die Forever."