Masa itu
telah lama terkubur rapi namun kenangan masih lagi segar dalam ingatan. Tidak rugi untuk kita imbau kembali apa yang telah kita lalui sewaktu bersama dulu. Dan untuk kita kembali ke saat itu adalah perkara yang tidak mungkin terjadi dalam perjuangan kita.
Pulau Pangkor, Lumut menjadi tempat indah untuk kita sepanjang berada di Universiti Teknologi Malaysia International Campus. Januari 2009 telah menjadi saksi buat selamanya. Sepanjang 3 tahun pengajian di UTM, dan inilah saat yang paling mungkin tidak dapat kita lupakan. Geng 3DDP yang sememangnya menjadi buah mulut pensyarah kerana dengan karenah yang tersendiri bukan hanya berakhir di situ. Semoga dengan apa yang telah kita lalui bersama menjadi jalan hidup untuk kita berjaya di masa hadapan. Dan saat itu tentu sekali cukup berbeza dengan apa yang kita lalui dahulu. Dan perpisahan ini membawa kita ke jalan masing-masing.
Setiap apa yang kita jumpa sudah semestinya akan menghilang di suatu hari nanti. Dan perpisahan kita semua bukan hanya kekosongan yang harus kita sesalkan buat selamanya. Jalan hidup kita masih jauh kawan. Banyak yang masih belum kita temui. Namun, apa yang kita temui di akan datang tentu sekali berbeza dengan apa yang kita temui sebelumnya. Mungkin sesetengah dari kita cukup dengan hanya Diploma Kejuruteraan Perhubungan ini dan mungkin jua sesetengah dari kita ia adalah sesuatu yang belum cukup lengkap. Tetapi, apa jua jalan yang dipilih ia adalah suatu kehidupan. Dan mungkin suatu hari nanti kita semua akan kembali buat seketika di persimpangan yang memisahkan kita. Hidup yang hanya sekali ini kita manfaatkan dengan sepenuhnya. Ia tak mungkin berulang walau sesaat wahai kawan.
Aku masih ingat saat itu, sewaktu kita dalam perjalanan ke Lumut. Kerisauan kerana tayar kereta Faiz hampir terbelah menyebabkan plan sedikit berubah. Namun, kesorokkan berkonvo
mampu menghapuskan kerisauan itu. Ingat lagi saat kita sesampai sahaja di Pangkor, aktiviti pertama yang kita lakukan ialah mandi laut. Maklumlah, KL mana ada laut. Namun, malam itu lebih indah bila kita berkumpul bersama mengelilingi unggun api di tepian pantai di temani sepoi angin malam. Dan esoknya sudah semestinya indah buat kita. Snokerling bersama-sama di Pulau Giam. Melihat dan memberi ikan makan. Dan saat itu sekala luka-luka terkena batu dilupakan buat seketika. Dan seharian menyelam, kembali semula ke pantai untuk berseronok. Malam seterusnya di sambut dengan pesta menyanyi. Tidur hanya sejenak tidak menjejaskan kami asalkan keseronokkan itu yang kami utamakan. Dan hari terakhir di sana, kami berkayak megelilingi pulau sebelum bertolak pulang
ke Kuala Lumpur. Saat-saat serta kenangan itu bukan untuk dilupa dan bukan untuk diabai. You All dalam kenangan.
Ingatlah saat senyum kita bersama, lupakan saat kita menangis dulu buat seketika. Selamat menjadi Graduan semua. Simpang telah kita temui. Ayuh pilih untuk diri anda. I always miss you all.
Dalam kenangan 3DDP UTM IC. "Problem Never Die Forever."