Friday, February 12, 2010

Singgah Johor '09


13-15 ogos 2009 menjadi waktu yang paling sesuai untuk aku lepak buat seketika di Johor. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Johor atas dasar untuk menemani kawan-kawan menjalani raptai konvokasyen di Universiti Teknologi Malaysia.
Lokasi yang kami pilih untuk tenangkan minda ialah Danga Bay. Pemandangan laut yang tenang menghilangkan
kepenatan yang dialami sepanjang hari. Kami yang bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 11:30 malam pada 13 ogos dengan menaiki sebuah kereta yang terdiri dari aku, Sukri, Faiz, Liza dan juga Shaz. Selepas raptai kami meronda2 kawasan UTM Skudai yang tersergam indah sehingga lepas waktu zohor.
Teringin untuk sambung belajar di situ namun ia bergantung pada rezeki nanti. Selepas penat bersiar-siar di UTM kami ke Danga Bay. Suasana senja memang indah serta tenang. Kami hanya sempat pusing-pusing buat seketika serta ambil gambar sehingga matahari menjatuhkan diri.
Masa sentiasa mencemburui setiap langkah yang kami jejaki. Dan apabila senja berlabuh kami terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pada dasarnya niat di hati untuk singgah di Melaka namun akibat kepenatan yang teramat sangat kami terus ke destinasi iaitu pulang terus ke Kuala Lumpur. Mungkin di suatu hari nanti kami datang buat sekali lagi untuk meninjau setiap keindahan yang belum kami lihat.

Dari kiri :: Shaz, Liza, Sukri, Wan Azran, Faiz, Dijah.

0 comments:

Post a Comment