Telah menjadi satu hobi bagi diriku. Iaitu mendaki bukit. Apa yang seronok bila kita mendaki? Yang pertama bagi diriku adalah untuk melihat keindahan alam semulajadi dari puncak atau dari tempat yang lebih tinggi. Dan juga aktiviti seperti ini agak mencabar dari segi mental dan jugak fizikal kita.
Di sini aku kemukakan beberapa keping lagi gambar dari puncak Bukit Broga yang aku daki buat kali kedua. Pada pertama pendakian hanya setengah perjalanan kerana masa tidak mengizinkan. Namun pada pos yang kali ini aku menjejakkan kaki ke puncak dengan hanya ketinggian 400m dari aras laut.
![]() |
Menuju ke puncak Broga |
Pendakian pada masa ini aku terokai dengan hanya berdua iaitu bersama Firdaus, rakan sekerja. Fikiran yang agak berserabut dengan masalah yang belum dapat diselesaikan membuatkan aku lebih tertekan. Dan pundak Broga menjadi tempat untuk melepaskan segalanya. Kami memulakan pendakian pada jam 8:00 pagi. Agak lewat kerana terdapat hal-hal yang tak dapat dielakkan. Pada masa ini orang di puncak memenuhi ruang. Masing-masing mengambil kesempatan untuk menawan bukit ini.
![]() |
Salah satu puncak yang menjadi tumpuan |
![]() |
Berehat sebentar hilangkan kepenatan |
![]() |
Puncak Bukit Broga |
Sekitar jam 10:00 pagi kami turun ke kaki bukit dan berehat sebentar demi menghilangkan kepenatan sebelum berangkat pulang. Sebuah kepenatan yang berbaloi. Jum tawan untuk kali yang seterusnya. Sekian.
All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Broga Hill Season II Album-
"Wan Azran"
-That's One Broga Hill Season II Album-
"Wan Azran"
0 comments:
Post a Comment