24 jan 2010 ~ Lokasi yang dipilih adalah Ulu Yam Gombak Selangor Darul Ehsan. Jauh dari kesibukan kota terdapat aliran anak sungai yang sejuk serta menyegarkan badan. Aku singgah bersama seorang kawan untuk mandi manda sambil menghilangkan segala kekusutan kota. Kawasan persekitaran yang hijau dikelilingi oleh pokok-pokok yang masih segar menghijau menambahkan lagi ketenangan serta dapat melupakan terus buat sementara waktu segala kesibukan kota. Namun, hadirnya aku di sini bukan hanya brerdua. Kami ditemani oleh orang ramai yang turut hadir bersama keluarga masing-masing serta bersama kawan-kawan untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka. Dengan kawasan yang berbatu-batu aku melangkah berhati-hati untuk turun ke dalam air. Sebaik kakiku menyentuh air, sejuknya terasa sehingga ke tulang-tulang dalam badanku. Aku puas menikmati kehijauan yang masih semula jadi di sini. Aliran air yang deras serta bunyi-bunyi penghuni hutan menyerikan lagi suasana. Mereka seolah-olah menyambu
t kedatangan kami ke sana. Kedalaman air tidaklah terlalu dalam dan ia amat sesuai untuk datang seisi keluarga. Ulu Yam ini akan dipenuhi oleh orang ramai bila tiba hujung minggu atau cuti-cuti am. Mungkin ia telah menjadi tempat oleh penduduk kota untuk menhabiskan masa bersama keluarga. Dan mungkin di suatu hari nanti aku akan singgah buat sekian kali di sini bersama kawan-kawan. Selain itu, di sini juga terdapat titian gantung yang boleh menarik minat orang ramai untuk menyeberanginya. Namun awas bagi sesiapa yang gayat kerana ia boleh membuatkan kita kepeningan. Dan bagi sesiapa yang ingin menikmati kesejukan airnya, datanglah ke sini.