![]() |
Proton Persona Owner Club (PPOC) |
Menjadi satu aktiviti bagi mengisi masa lapang atau memenuhi aktiviti hujung minggu dengan meluangkan masa bersama geng Proton Persona Owner Club (PPOC). Namun pada kali ini kami mendaki "Broga Hill" yang disertai oleh sekitar 20 buah Proton Persona dari sekitar KL.
Kira-kira jam 02:00 pagi kami berkumpul di Ampang Point sementara menanti ketibaan ahli yang lain. Sementara menanti jam tepat pukul 04:00 pagi untuk berangkat ke lokasi kami lepak sebentar di restoran yang berhampiran. Konvoi bermula tepat jam 04:00 pagi menuju ke Semenyih.
![]() | |
Broga Hill mula ditawan |
Tiba di lokasi tepat jam 05:00 pagi. Setelah masing-masing sedia dengan kelengkapan serta bekalan, sedikit taklimat dan juga sesi memanaskan badan dilakukan. Ayuh!! Broga Hill mula kami daki dengan perlahan-lahan. Dan bagi penulis, ini merupakan kali yang ketiga pendakian Broga Hill. Telah menjadi hobi kerana aktiviti lasak seperti ini sangat mencabar fizikal dan mental selain dapat menghilangkan segala tekanan yang di alamai di tempat kerja.
![]() | |||
Rehat seketika |
Sungguhpun pendakian ini adalah buat kali yang ketiga namun kepenatan tetap dirasai diselaputi dan dibelai oleh sepoi angin dan embun pagi. Namun, kelihatan matahari yang hampir memecahkan sinarnya membuatkan kami lebih bersemangat untuk menjejak puncak.
Sesi fotografi bermula sebaik sahaja tiba di puncak. Namun, bagi penulis sesi fotografinya sentiasa berterusan dari awal pendakian sehingga berakhirnya pendakian Broga Hill. Kepenatan yang terasa membuatkan kami lesu sedikit. Namun, setelah bersarapan kami kembali bertenaga dan masing-masing menuju ke haluan tersendiri. Di sini hanya beberapa keping gambar yang disertakan dan untuk gambar yang sepenuhnya boleh dilihat di akaun Facebook penulis. Sekian.
![]() |
Berjaya menawan Broga Hill |
![]() | |
Barisan Hadapan jentera PPOC |
All picture is copyright by That's One Photography
-That's One PPOC at Broga Hill Album-
"Wan Azran"
-That's One PPOC at Broga Hill Album-
"Wan Azran"