Friday, July 23, 2010

SPMS Family Day @ Pangkor Island

Tempat itu sekali lagi menjadi saksi kedatangan aku buat kedua kalinya. Awal 2009 yang lepas aku telah menjejakkan kaki ke buminya namun pada pertengahan 2010 ia menyambut kedantaganku lagi. Tanggal 9 julai 2010 itu menyambut aku dan warga Smart Parking Management System Sdn Bhd (SPMS) ke Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Dan ini merupakan kedua kalinya aku menjejakkan kaki ke Pangkor untuk bercuti. Andai dulu aku datang bersama kawan-kawan sekelas semasa belajar di UTM namun sekarang aku hadir bersama warga SPMS iaitu tempat aku menjadi rezeki setelah tamat pengajian dulu. Perkara yang paling menarik kerana aku dapat menciptakan pengalaman perjalanan serta aktiviti yang dijalankan dengan penuh keseronokkan. Kesemua perbelanjaan bermula dari Jeti Lumut sehingga kembali semula ke Jeti Lumut adalah dibiayai oleh SPMS sepenuhnya. Aku bersama geng bujang bertolak ke Lumut lebih awal daripada hari yang sepatutnya. Pada 8 julai aku bersama Ihsan, Aslam, dan juga Anuar menaiki van yang dimiliki oleh syarikat menuju ke Lumut. Dan pada masa yang sama Muru serta Syam juga turut serta bersama ahli keluarga menuju ke destinasi. Sebelum bertolak bersama-sama, kami berkumpul di hentian Sungai Buluh sekitar jam 10:00 malam. Kami bergerak seiring menuju ke Lumut. Destinasi pertama yang kami tuju adalah "Pekan Koboi" Setiawan. Sekitar jam 1:00 pagi kami tiba di Bintang Hotel Fajar untuk berehat seketika sebelum menuju ke Jeti pada pukul 12:00 tengah hari nanti. Kami geng bujang lepak satu bilik yang dilengkapi dengan 2 katil besar dan satu katil kecil. Kami melelapkan diri sekitar jam 3:00 pagi kemudian bangun awal bersiap untuk sarapan pagi. Sekitar 9:00 pagi kami mencari kedai untuk sarapan. Selesai sarapan kami geng bujang memandu van menuju ke Lumut. Untuk check out dari bilik hotel adalah jam 12:00 tengah hari. Masih ada banyak masa untuk meronda-ronda sekitar Lumut. Kami posing sekejap di tepi laut serta membeli belah sebelum berangkat ke hotel semula. Sekembali di hotel kami bersiap-siap untuk check out kemudian bertolak ke Jeti Lumut. Sesampai sahaja di Jeti kami berkumpul sebelum berangkat ke Teluk Dalam Resort. Dengan angin laut yang bertiup membuatkan segala kepenatan perjalanan hilang begitu sahaja. Feri tiba tepat pada waktunya.
Semasa berada di atas feri kami mengambil peluang untuk bergambar bersama geng technical serta bersama warga SPMS. Lebih kurang setengah jam perjalan menuju ke Teluk Dalam kami tiba diraikan dengan penuh meriah. Agak berbaloi setelah penat perjalan, sesampai sahaja kami disambut dengan penuh kemeriahan. Bukan senang nak dapat tempat yang apabila sampai kita disambut dengan alunan musik serta lagu selamat datang oleh pihak resort. Sekarang kami dah sampai. Perut pun lapar. Oleh itu kami segera berangkat ke cafe untuk menjamu selera. Pendek kata amat berselera sekali dengan lauk pauk yang sedap-sedap telah terhidang. Selesai makan aku masuk chalet bersama Ihsan dan Anuar. Kami bertiga satu chalet tapi agak malam sebab berpemandangankan stor serta gelangan tenis. Namun kami tetap cool. Janji boleh rehatkan badan serta lelapkan segala keletihan yang telah bersarang sejak semalam. Namun keletihan tersebut akan bermula tepat jam 5:00 petang nanti. Telemach antara kanak-kanak serta untuk dewasa akan menyambut sebentar lagi. Kami bersiap-siap serta terus ke padang untuk aktiviti yang selanjutnya. Mengisi air dalam botol, lari sambil membawa bola ping pong serta melukis menjadi acara untuk kanak-kanak. Bagi dewasa pula adalah boling kelapa, baling belon berisi air serta bola sepak. Sebaik sahaja games tamat kami mandi kolam sepuas-puasnya. Malam tu kami bersiap untuk makan malam. Namun yang paling best pada masa tersebut apabila hujan tetiba menghadirkan diri membuatkan kami bertempiaran lari ke tempat berteduh. Lepas makan malam semua buat aktiviti sendiri. Aku kembali ke chalet setelah lewat malam untuk merehatkan diri. Esoknya pelbagai aktiviti yang sedang menanti kami. Pagi esoknya mencipta sejarah buat SPMS apabila sarapan dijamah oleh geng-geng bujang terlebih dahulu. Kami bangun awal serta melepak di cafe sehingga kesemua warga SPMS tiba. Aktiviti seterusnya adalah tarian pocho-pocho yang merupakan senaman untuk pagi tersebut. Agak kelakar sebenarnya. Senaman dilakukan selepas sarapan serta gelagak masing-masing semasa menari pocho-pocho. Nampak agak ringkas pergerakan yang dilakukan namun kepenatan otot-otot badan sungguh mencengkam. Selesai susah senaman pada pagi itu. Kami kemudiannya berangkat ke pantai untuk snorkeling di Pulau Giam. Namun keseronokkan snorkeling terbatas apabila keindahan batu karang tidah dijumpai. Kami turun sekejap, kemudian naik kembali ke daratan sambil menungu tibanya bot untuk kembali ke persisiran pantai.
Petang itu pula kami mengelilingi pulau dengan jalan darat. Inilah masanya untuk membeli belah di Pangkor. Aku dengan geng bujang hanya memantau barangan sahaja. Pendek kata "window shopping". Setelah senja kami pulau ke resort. Setelah bersiap, aku turun untuk makan malam. Pada malam ni terdapat BBQ. Namun aku hanya sempat makan sekadar untuk alas perut kerana perutku meragam. Dan malam itu warga SPMS berkaroke sehingga ke tengah malam. Aku pula pulang ke bilik untuk berehat. Namun pada malam itu satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Memancing di persisiran pandai. Aku sempat menaikan seekor ikan duri. sekitar jam 1:00 pagi aku pulang ke bilik untuk berehat. Esoknya aku tidak bersarapan. Badan rasa penat, perut terasa kenyang. Begitu juga dengan Ihsan. Namun bila Anuar telefon yang ada aktiviti memancing aku terus bangun lalu mencapai joran menuju ke persisiran. Rezeki tak diduga. Sempat juga aku menaikkan senanggi serta tuke-tuke. Puas terasa kerana batang joran yang dipikul dari KL menaikan hasil. Hampir pukul 12:00 tengah hari kami balik untuk bersiap-siap. Sebentar lagi kami akan check out dari situ. Selepas makan tengah hari kami ke Jeti untuk menaiki bot menuju ke Lumut. Sebaik sahaja jejakkan kaki ke Lumut masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang pergi shopping malah ada juga yang terus pulang ke rumah. Aku sempat shopping sedikit makanan laut lalu pulang ke KL sebelum senja. Sesampai di KL jam menunjukkan pukul 9:00 malam. Kepenatan hilang bila teringatkan keseronokan yang berlalu. 11 julai 2010 telah memanggil kami ke Kuala Lumpur.

Friday, July 2, 2010

Jelajah Kota Raya


27 jun 2010 ~ Lokasi yang paling tepat dipilih oleh Shakirul pada kali ini. Bagaimana rupa orangnya tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat di sebelah. Setelah sekian lama tidak diketemukan nampaknya gaya rambutnya telah berubah. Gaya rambut terbaru seakan-akan pelakon korea. Namun aku menaip di sini bukan untuk menceritakan tentang si Shakirul tetapi ingin menceritakan tentang perjalanan kami berempat di sekitar kota raya Kuala Lumpur.
Lebih empat tahun aku tinggal di Kuala Lumpur. Namun kali ini mungkin agak berbeza sedikit. Setelah tamat pengajian diploma sejak tahun lepas kami semua membawa haluan masing-masing. Apabila masing-masing telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Shakirul membuat "planning" agar dapat berjumpa walau sekejap. Aku, faiz dan juga Sukri tiba di Time Square sekitar tengah hari. Kami semua lepak sambil borak dan juga "lunch" bersama di Subway. Lama tak jumpa "member" dari kedah ni. Bila jumpa rupa pun dah lain sikit. Faiz pula kelihatan makin bulat. Hihihihi... Sebenarnya sukri dengan Faiz selalu berkeliaran di KL ni. Namun si Faiz akan terbang ke Sarawak pada bulan julai ini untuk melanjutkan pelajarannya.
Setelah puas melepak di Time Square, kami merayap pula ke Plaza Sungei Wang. Faiz rembat sebijik "handphone" sebelum berlalu dari situ. Masjid Jamek menjadi destinasi kami yang seterusnya. Macam tak pernah ke sana pulak aku rasa. Lagak sebagai seorang pelancong tu tetap ada. Dengan peta KL pun nak ambil gambar? Layan jelah. Kang kalo tersesak boleh gak rujuk peta ni. Tapi kalau sesat dalam KL tak kan ke mana pun. Pusing-pusing tempat yang sama juga barangkali. Dah sampai Masjid Jamek "just" tengok-tengok barang kami beredar ke Pasar Seni. Korang ingat Masjid Jamek dengan Pasar Seni tu jauh ker? Tapi bagi kami walau ia dekat namun mengambil masa hampir sejam berjalan ke sana. Nak tau sebab apa? Sebab sibuk duk "posing" tepi jalan. Bukan selalu nak bergambar berlatarbelakangkan KL nie.Aku join ajer la. Orang bukan tahu pun. Janji kami semua seronok. Kadang-kadang bila berjalan bermacam-macam karenah manusia yang dapat kita lihat.
Dah sampai ke Pasar Seni lain pula jadinya. Ingat nak beli barang tapi bila dah sampai tu merayap dan bergambar je lebih. Tengah-tengah merayap kat dalam Pasar Seni ni perut pun terasa lapar la plak. Kami melantak di "foodcourt" yang kat atas tu. Kalo tengok gambar ni tentu korang ingat kami lapar sangat-sangat atau pun ia seperti satu pertandingan makan mee. Namun ini semua hanya kebetulan semata-mata. Bila perut dah kenyang dah mula la malas nak berjalan-jalan.
Tapi ada perkara menarik yang terjadi. Hahahahahahaha... Izinkan saya untuk gelak sebentar. Nak mencuba la katakan, apalah salahnya untuk merawat kaki yang dah lenguh berjalan sebentar tadi. Jadi, Faiz dan Shakirul mengambil peluang untuk buat benda yang tak pernah dibuat lagi. Dalam bahasa lain kami kenali sebagai "fish spa". Tapi tahap geli tapak kaki bila ikan-ikan itu memakan kulit-kulit mati membuatkan seseorang itu ketawa tak tertahan. Perut dah kenyang, Kaki dah terubat tahap lenguhnya, jadi lokasi seterusnya adalah KLCC. Namun malangnya aku dan Sukri tak dapat turut serta. Aku kembali ke site manakala Sukri pulang ke Shah Alam. Seterusnya Faiz dan Shakirul meneruskan lokasi mereka di KLCC. Kami berpisah di Stesen LRT Masjid Jamek. Dan semoga jumpa di akan datang. Semoga berjaya juga aku ucapkan buat kawan-kawanku semua. Jangan lupa kengkawan la yer.

Tuesday, February 16, 2010

Jejaki Ketenangan


24 jan 2010 ~ Lokasi yang dipilih adalah Ulu Yam Gombak Selangor Darul Ehsan. Jauh dari kesibukan kota terdapat aliran anak sungai yang sejuk serta menyegarkan badan. Aku singgah bersama seorang kawan untuk mandi manda sambil menghilangkan segala kekusutan kota. Kawasan persekitaran yang hijau dikelilingi oleh pokok-pokok yang masih segar menghijau menambahkan lagi ketenangan serta dapat melupakan terus buat sementara waktu segala kesibukan kota. Namun, hadirnya aku di sini bukan hanya brerdua. Kami ditemani oleh orang ramai yang turut hadir bersama keluarga masing-masing serta bersama kawan-kawan untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka. Dengan kawasan yang berbatu-batu aku melangkah berhati-hati untuk turun ke dalam air. Sebaik kakiku menyentuh air, sejuknya terasa sehingga ke tulang-tulang dalam badanku. Aku puas menikmati kehijauan yang masih semula jadi di sini. Aliran air yang deras serta bunyi-bunyi penghuni hutan menyerikan lagi suasana. Mereka seolah-olah menyambut kedatangan kami ke sana. Kedalaman air tidaklah terlalu dalam dan ia amat sesuai untuk datang seisi keluarga. Ulu Yam ini akan dipenuhi oleh orang ramai bila tiba hujung minggu atau cuti-cuti am. Mungkin ia telah menjadi tempat oleh penduduk kota untuk menhabiskan masa bersama keluarga. Dan mungkin di suatu hari nanti aku akan singgah buat sekian kali di sini bersama kawan-kawan. Selain itu, di sini juga terdapat titian gantung yang boleh menarik minat orang ramai untuk menyeberanginya. Namun awas bagi sesiapa yang gayat kerana ia boleh membuatkan kita kepeningan. Dan bagi sesiapa yang ingin menikmati kesejukan airnya, datanglah ke sini.

Friday, February 12, 2010

Singgah Johor '09


13-15 ogos 2009 menjadi waktu yang paling sesuai untuk aku lepak buat seketika di Johor. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Johor atas dasar untuk menemani kawan-kawan menjalani raptai konvokasyen di Universiti Teknologi Malaysia.
Lokasi yang kami pilih untuk tenangkan minda ialah Danga Bay. Pemandangan laut yang tenang menghilangkan
kepenatan yang dialami sepanjang hari. Kami yang bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 11:30 malam pada 13 ogos dengan menaiki sebuah kereta yang terdiri dari aku, Sukri, Faiz, Liza dan juga Shaz. Selepas raptai kami meronda2 kawasan UTM Skudai yang tersergam indah sehingga lepas waktu zohor.
Teringin untuk sambung belajar di situ namun ia bergantung pada rezeki nanti. Selepas penat bersiar-siar di UTM kami ke Danga Bay. Suasana senja memang indah serta tenang. Kami hanya sempat pusing-pusing buat seketika serta ambil gambar sehingga matahari menjatuhkan diri.
Masa sentiasa mencemburui setiap langkah yang kami jejaki. Dan apabila senja berlabuh kami terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Pada dasarnya niat di hati untuk singgah di Melaka namun akibat kepenatan yang teramat sangat kami terus ke destinasi iaitu pulang terus ke Kuala Lumpur. Mungkin di suatu hari nanti kami datang buat sekali lagi untuk meninjau setiap keindahan yang belum kami lihat.

Dari kiri :: Shaz, Liza, Sukri, Wan Azran, Faiz, Dijah.