Friday, July 2, 2010

Jelajah Kota Raya


27 jun 2010 ~ Lokasi yang paling tepat dipilih oleh Shakirul pada kali ini. Bagaimana rupa orangnya tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat di sebelah. Setelah sekian lama tidak diketemukan nampaknya gaya rambutnya telah berubah. Gaya rambut terbaru seakan-akan pelakon korea. Namun aku menaip di sini bukan untuk menceritakan tentang si Shakirul tetapi ingin menceritakan tentang perjalanan kami berempat di sekitar kota raya Kuala Lumpur.
Lebih empat tahun aku tinggal di Kuala Lumpur. Namun kali ini mungkin agak berbeza sedikit. Setelah tamat pengajian diploma sejak tahun lepas kami semua membawa haluan masing-masing. Apabila masing-masing telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Shakirul membuat "planning" agar dapat berjumpa walau sekejap. Aku, faiz dan juga Sukri tiba di Time Square sekitar tengah hari. Kami semua lepak sambil borak dan juga "lunch" bersama di Subway. Lama tak jumpa "member" dari kedah ni. Bila jumpa rupa pun dah lain sikit. Faiz pula kelihatan makin bulat. Hihihihi... Sebenarnya sukri dengan Faiz selalu berkeliaran di KL ni. Namun si Faiz akan terbang ke Sarawak pada bulan julai ini untuk melanjutkan pelajarannya.
Setelah puas melepak di Time Square, kami merayap pula ke Plaza Sungei Wang. Faiz rembat sebijik "handphone" sebelum berlalu dari situ. Masjid Jamek menjadi destinasi kami yang seterusnya. Macam tak pernah ke sana pulak aku rasa. Lagak sebagai seorang pelancong tu tetap ada. Dengan peta KL pun nak ambil gambar? Layan jelah. Kang kalo tersesak boleh gak rujuk peta ni. Tapi kalau sesat dalam KL tak kan ke mana pun. Pusing-pusing tempat yang sama juga barangkali. Dah sampai Masjid Jamek "just" tengok-tengok barang kami beredar ke Pasar Seni. Korang ingat Masjid Jamek dengan Pasar Seni tu jauh ker? Tapi bagi kami walau ia dekat namun mengambil masa hampir sejam berjalan ke sana. Nak tau sebab apa? Sebab sibuk duk "posing" tepi jalan. Bukan selalu nak bergambar berlatarbelakangkan KL nie.Aku join ajer la. Orang bukan tahu pun. Janji kami semua seronok. Kadang-kadang bila berjalan bermacam-macam karenah manusia yang dapat kita lihat.
Dah sampai ke Pasar Seni lain pula jadinya. Ingat nak beli barang tapi bila dah sampai tu merayap dan bergambar je lebih. Tengah-tengah merayap kat dalam Pasar Seni ni perut pun terasa lapar la plak. Kami melantak di "foodcourt" yang kat atas tu. Kalo tengok gambar ni tentu korang ingat kami lapar sangat-sangat atau pun ia seperti satu pertandingan makan mee. Namun ini semua hanya kebetulan semata-mata. Bila perut dah kenyang dah mula la malas nak berjalan-jalan.
Tapi ada perkara menarik yang terjadi. Hahahahahahaha... Izinkan saya untuk gelak sebentar. Nak mencuba la katakan, apalah salahnya untuk merawat kaki yang dah lenguh berjalan sebentar tadi. Jadi, Faiz dan Shakirul mengambil peluang untuk buat benda yang tak pernah dibuat lagi. Dalam bahasa lain kami kenali sebagai "fish spa". Tapi tahap geli tapak kaki bila ikan-ikan itu memakan kulit-kulit mati membuatkan seseorang itu ketawa tak tertahan. Perut dah kenyang, Kaki dah terubat tahap lenguhnya, jadi lokasi seterusnya adalah KLCC. Namun malangnya aku dan Sukri tak dapat turut serta. Aku kembali ke site manakala Sukri pulang ke Shah Alam. Seterusnya Faiz dan Shakirul meneruskan lokasi mereka di KLCC. Kami berpisah di Stesen LRT Masjid Jamek. Dan semoga jumpa di akan datang. Semoga berjaya juga aku ucapkan buat kawan-kawanku semua. Jangan lupa kengkawan la yer.

0 comments:

Post a Comment