Thursday, December 20, 2012

PPOC at Broga Hill

Proton Persona Owner Club (PPOC)
Menjadi satu aktiviti bagi mengisi masa lapang atau memenuhi aktiviti hujung minggu dengan meluangkan masa bersama geng Proton Persona Owner Club (PPOC). Namun pada kali ini kami mendaki "Broga Hill" yang disertai oleh sekitar 20 buah Proton Persona dari sekitar KL.
Kira-kira jam 02:00 pagi kami berkumpul di Ampang Point sementara menanti ketibaan ahli yang lain. Sementara menanti jam tepat pukul 04:00 pagi untuk berangkat ke lokasi kami lepak sebentar di restoran yang berhampiran. Konvoi bermula tepat jam 04:00 pagi menuju ke Semenyih.
Broga Hill mula ditawan
Tiba di lokasi tepat jam 05:00 pagi. Setelah masing-masing sedia dengan kelengkapan serta bekalan, sedikit taklimat dan juga sesi memanaskan badan dilakukan. Ayuh!! Broga Hill mula kami daki dengan perlahan-lahan. Dan bagi penulis, ini merupakan kali yang ketiga pendakian Broga Hill. Telah menjadi hobi kerana aktiviti lasak seperti ini sangat mencabar fizikal dan mental selain dapat menghilangkan segala tekanan yang di alamai di tempat kerja.
Rehat seketika


Sungguhpun pendakian ini adalah buat kali yang ketiga namun kepenatan tetap dirasai diselaputi dan dibelai oleh sepoi angin dan embun pagi. Namun, kelihatan matahari yang hampir memecahkan sinarnya membuatkan kami lebih bersemangat untuk menjejak puncak.
Berjaya menawan Broga Hill
Sesi fotografi bermula sebaik sahaja tiba di puncak. Namun, bagi penulis sesi fotografinya sentiasa berterusan dari awal pendakian sehingga berakhirnya pendakian Broga Hill. Kepenatan yang terasa membuatkan kami lesu sedikit. Namun, setelah bersarapan kami kembali bertenaga dan masing-masing menuju ke haluan tersendiri. Di sini hanya beberapa keping gambar yang disertakan dan untuk gambar yang sepenuhnya boleh dilihat di akaun Facebook penulis. Sekian.
Barisan Hadapan jentera PPOC





All picture is copyright by That's One Photography
-That's One PPOC at Broga Hill Album-
"Wan Azran"



Monday, October 29, 2012

Under Maintenance

Blog saya dalam proses untuk update ke tahap yang lebih memuaskan. Diharap semua yang melewati blog saya berpuas hati dengan apa yang saya sajikan. Pada dahulunya saya menulis blog ini adalah kerana untuk berkongsi cerita tentang satu-satu penjelajahan yang saya lalui. Dan sekarang saya menokok tambah dengan gambar-gambar yang lebih menarik dan kalian semua dialu-alukan untuk meninggalkan komen tentang penceritaan dan jugak gambar yang disajikan demi kebaikan dan jugak membaiki kelemahan dalam satu-satu pos. Terima Kasih.

Broga Hill Season II

Telah menjadi satu hobi bagi diriku. Iaitu mendaki bukit. Apa yang seronok bila kita mendaki? Yang pertama bagi diriku adalah untuk melihat keindahan alam semulajadi dari puncak atau dari tempat yang lebih tinggi. Dan juga aktiviti seperti ini agak mencabar dari segi mental dan jugak fizikal kita.
Di sini aku kemukakan beberapa keping lagi gambar dari puncak Bukit Broga yang aku daki buat kali kedua. Pada pertama pendakian hanya setengah perjalanan kerana masa tidak mengizinkan. Namun pada pos yang kali ini aku menjejakkan kaki ke puncak dengan hanya ketinggian 400m dari aras laut.

Menuju ke puncak Broga

Pendakian pada masa ini aku terokai dengan hanya berdua iaitu bersama Firdaus, rakan sekerja. Fikiran yang agak berserabut dengan masalah yang belum dapat diselesaikan membuatkan aku lebih tertekan. Dan pundak Broga menjadi tempat untuk melepaskan segalanya. Kami memulakan pendakian pada jam 8:00 pagi. Agak lewat kerana terdapat hal-hal yang tak dapat dielakkan. Pada masa ini orang di puncak memenuhi ruang. Masing-masing mengambil kesempatan untuk menawan bukit ini.

Salah satu puncak yang menjadi tumpuan


Berehat sebentar hilangkan kepenatan


Puncak Bukit Broga
Sekitar jam 10:00 pagi kami turun ke kaki bukit dan berehat sebentar demi menghilangkan kepenatan sebelum berangkat pulang. Sebuah kepenatan yang berbaloi. Jum tawan untuk kali yang seterusnya. Sekian.


All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Broga Hill Season II Album-
"Wan Azran"

Sunday, June 24, 2012

Cameron Highland with Bismark Staff

Cameron Highland
Melarikan diri dari segala kesibukan kota serta kesibukan tugasan dipejabat membawa kami menuju ke Cameron Highland, Pahang. Percutian selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh beberapa orang staff Bismark yang terdiri daripada ahli teknikal dan jugak admin.
Kami bertolak pada petang jumaat dan sampai di lokasi hotel sekitar jam 10:00 malam. kedinginan suasana malam mula terasa apabila kami menjejakkan kaki di Tanah Rata untuk membeli makan malam. Perut yang lapar membuatkan kami melupakan sejenak suasana sejuk yang menegakkan segala roma di badan. Selesai membeli makan kami menuju ke hotel untuk check in.

Cameron Highland
Cameron Highland
Malam yang pertama selepas sahaja makan malam kami berehat serta memikirkan aktiviti yang akan kami lakukan pada esok hari.
Cameron Highland

Cameron Highland

Cameron Highland
Hari yang pertama, pada awal pagi lagi kami telah bertolak menuju ke ladang teh. aktiviti pertama. Dan bersarapan di sana. Setelah matahari agak tegak kami terus menuju ke pusat-pusat kaktus, strawberi, bunga dan bnyak lagi. Segala aktiviti yang sempat kami lakukan bagi mengisi setiap corong masa yang ada.
Pada petang sabtu merupakan hari yang kami nantikan. Bermula petang lagi kami telah merayau-rayau di Pasar Malam dan mencuba setiap jenis makanan yang susah untuk didapati di KL. Penat merayau kami pulang ke hotel dan berehat. Malam itu kami tanpa segan silu memasak stimboat untuk jamuan makan malam. Perut yang telah penuh dengan makanan petang tadi di pasar malam membuatkan banyak makanan yang tidak dapat dihabiskan. So, simpan untuk esok harinya.
Malam yang memenatkan. Seharian berjalan menuju ke serata tempat untuk menghilangkan segala keserabutan yang berada di minta tentang kerja, kami berehat sepuas-puasnya pada malam itu. Esok hari, merupakan hari yang terakhir kami di Cameron. Selesai mengemas dan bersarapan ala kadar kami terus check out dari hotel dan menuju ke strawberi park untuk bersarapan. Perut masih penuh dengan makan semalam. Jadi kami hanya bersarapan sekadar mengisi serta menikmati suasana terakhir sebelum bertolak pulang. Menjelang tengah hari kami berangkat pulang ke KL. Badan terasa penat setelah turun dari puncak bukit yang sejuk.
Semua berangkat pulang dan berehat untuk meneruskan tugasan sepertia biasa pada keesokkan harinya. Selamat maju jaya untuk semua.


All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Cameron Highland with Bismark Staff Album-
"Wan Azran"

Tuesday, June 19, 2012

Kaki Gunung Nuang








All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Kaki Gunung Nuang Album-
"Wan Azran"

Usang Terbiar


Usang Terbiar
Satu perjalana tidak
seharusnya terhenti
di pertengahan jalan
dan terus terbiar
serta menyerah dan
berputus asa dengan
liku-liku kehidupan
yang penuh dengan
onak duri malahan
cabaran dan jugak dugaan
hidup dalam dunia
di sekeliling, di hadapan
serta yang telah kebelakang
tanpa boleh ditoleh lagi.
That's One

All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Photography Album-
"Wan Azran"

Saturday, February 18, 2012

Broga Hill and Bismark Tech Uniform


Jam menunjukkan hampir pukul 0800 pagi. Dan waktu ini kami telah menawan Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.
Dengan berpakaian uniform kerja, aku bersama dua orang rakan sekerja menawan Bukit Broga dengan memulakan pendakian seawal jam 0630 pagi. Aku, Daus dan Muaz habis kerja pada pukul 2300 malam pada hari sebelumnya melepakkan diri di pusat karoake bersama geng technical sehingga pagi. Selepas sarapan pada pukul 0500 pagi, kami bergerak ke Semenyih untuk memulakan pendakian.
Lengkap berpakaian kerja, berkasut safety kami memulakan pendaki. Perhhh... Suasana pagi yang dingin dibasahi dengan peluh yang mula mengalir membasahi dahi, suasana gelap-gelap samar kami melangkah dengan penuh berhati-hati. Keadaan yang berhutang renek serta laluan yang bertanah mendaki membuatkan kami keletihan. Akibat kekurangan tidur serta kelengkapan yang tidak sempurna mengajar kami tentang satu kesilapan untuk melakukan persiapan awal sebelum mendaki.
Sesampai sahaja di puncak jam telah menunjukkan pukul 0700 pagi. Puncak yang hanya dikelilingi oleh kehijauan lalang yang terbentang luas memukau saujana mata memandang. Pula dihiasi dengan angin yang bertiup mengeringkan keringat di dahi. Puas terasa setelah penat kami lalui. Melihat keindahan matahari yang terbit dari celahan bukit serta kilauan dari kabus serta awan di sekeliling mengamit mata yang memandang. Kami bersantai di atas batu mesar sambil melihat keindahan terbitnya matahari. Ia terus melupakan kami tentang kesibukan kerja yang penuh tekanan.


Suasana matahari terbit.

Muaz dan Daus - Broga Hill kami tawan.

Menikmati kehijauan yang terbentang.

Laluan yang dipenuhi dengan kehijauan lalang.

Kasut yang diguna semasa pendakian.

Sekitar jam 0800 lebih kami mula bertolak turun dari puncak kerana ingin memulakan kerja seperti biasa. Perhhhhh.... Penatnya. Tapi keseronokan pendakian itu amat penting kerana kepuasan tercatat dalam memori kami.
Broga Hill, Semenyih. Mungkin di lain hari kami akan tawan buat sekali lagi. Sekian.

All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Broga Hill and Bismark Tech Uniform Album-
"Wan Azran"