Saturday, February 18, 2012

Broga Hill and Bismark Tech Uniform


Jam menunjukkan hampir pukul 0800 pagi. Dan waktu ini kami telah menawan Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.
Dengan berpakaian uniform kerja, aku bersama dua orang rakan sekerja menawan Bukit Broga dengan memulakan pendakian seawal jam 0630 pagi. Aku, Daus dan Muaz habis kerja pada pukul 2300 malam pada hari sebelumnya melepakkan diri di pusat karoake bersama geng technical sehingga pagi. Selepas sarapan pada pukul 0500 pagi, kami bergerak ke Semenyih untuk memulakan pendakian.
Lengkap berpakaian kerja, berkasut safety kami memulakan pendaki. Perhhh... Suasana pagi yang dingin dibasahi dengan peluh yang mula mengalir membasahi dahi, suasana gelap-gelap samar kami melangkah dengan penuh berhati-hati. Keadaan yang berhutang renek serta laluan yang bertanah mendaki membuatkan kami keletihan. Akibat kekurangan tidur serta kelengkapan yang tidak sempurna mengajar kami tentang satu kesilapan untuk melakukan persiapan awal sebelum mendaki.
Sesampai sahaja di puncak jam telah menunjukkan pukul 0700 pagi. Puncak yang hanya dikelilingi oleh kehijauan lalang yang terbentang luas memukau saujana mata memandang. Pula dihiasi dengan angin yang bertiup mengeringkan keringat di dahi. Puas terasa setelah penat kami lalui. Melihat keindahan matahari yang terbit dari celahan bukit serta kilauan dari kabus serta awan di sekeliling mengamit mata yang memandang. Kami bersantai di atas batu mesar sambil melihat keindahan terbitnya matahari. Ia terus melupakan kami tentang kesibukan kerja yang penuh tekanan.


Suasana matahari terbit.

Muaz dan Daus - Broga Hill kami tawan.

Menikmati kehijauan yang terbentang.

Laluan yang dipenuhi dengan kehijauan lalang.

Kasut yang diguna semasa pendakian.

Sekitar jam 0800 lebih kami mula bertolak turun dari puncak kerana ingin memulakan kerja seperti biasa. Perhhhhh.... Penatnya. Tapi keseronokan pendakian itu amat penting kerana kepuasan tercatat dalam memori kami.
Broga Hill, Semenyih. Mungkin di lain hari kami akan tawan buat sekali lagi. Sekian.

All picture is copyright by That's One Photography
-That's One Broga Hill and Bismark Tech Uniform Album-
"Wan Azran"

0 comments:

Post a Comment