Tempat itu sekali lagi menjadi saksi kedatangan aku buat kedua kalinya. Awal 2009 yang lepas aku telah menjejakkan kaki ke buminya namun pada pertengahan 2010 ia menyambut kedantaganku lagi. Tanggal 9 julai 2010 itu menyambut aku dan warga Smart Parking Management System Sdn Bhd (SPMS) ke Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Dan ini merupakan kedua kalinya aku menjejakkan kaki ke Pangkor untuk bercuti. Andai dulu aku datang bersama kawan-kawan sekelas semasa belajar di UTM namun sekarang aku hadir bersama warga SPMS iaitu tempat aku menjadi rezeki setelah tamat pengajian dulu. Perkara yang paling menarik kerana aku dapat menciptakan pengalaman perjalanan serta aktiviti yang dijalankan dengan penuh keseronokkan. Kesemua perbelanjaan bermula dari Jeti Lumut sehingga kembali semula ke Jeti Lumut adalah dibiayai oleh SPMS sepenuhnya.
Aku bersama geng bujang bertolak ke Lumut lebih awal daripada hari yang sepatutnya. Pada 8 julai aku bersama Ihsan, Aslam, dan juga Anuar menaiki van yang dimiliki oleh syarikat menuju ke Lumut. Dan pada masa yang sama Muru serta Syam juga turut serta bersama ahli keluarga menuju ke destinasi. Sebelum bertolak bersama-sama, kami berkumpul di hentian Sungai Buluh sekitar jam 10:00 malam. Kami bergerak seiring menuju ke Lumut. Destinasi pertama yang kami tuju adalah "Pekan Koboi" Setiawan. Sekitar jam 1:00 pagi kami tiba di Bintang Hotel Fajar untuk berehat seketika sebelum menuju ke Jeti pada pukul 12:00 tengah hari nanti. Kami geng bujang lepak satu bilik yang dilengkapi dengan 2 katil besar dan satu katil kecil. Kami melelapkan diri sekitar jam 3:00 pagi kemudian bangun awal bersiap untuk sarapan pagi. 
Sekitar 9:00 pagi kami mencari kedai untuk sarapan. Selesai sarapan kami geng bujang memandu van menuju ke Lumut. Untuk check out dari bilik hotel adalah jam 12:00 tengah hari. Masih ada banyak masa untuk meronda-ronda sekitar Lumut. Kami posing sekejap di tepi laut serta membeli belah sebelum berangkat ke hotel semula. Sekembali di hotel kami bersiap-siap untuk check out kemudian bertolak ke Jeti Lumut. Sesampai sahaja di Jeti kami berkumpul sebelum berangkat ke Teluk Dalam Resort. Dengan angin laut yang bertiup membuatkan segala kepenatan perjalanan hilang begitu sahaja. Feri tiba tepat pada waktunya.
Semasa berada di atas feri kami mengambil peluang untuk bergambar bersama geng technical serta bersama warga SPMS.
Lebih kurang setengah jam perjalan menuju ke Teluk Dalam kami tiba diraikan dengan penuh meriah. Agak berbaloi setelah penat perjalan, sesampai sahaja kami disambut dengan penuh kemeriahan.
Bukan senang nak dapat tempat yang apabila sampai kita disambut dengan alunan musik serta lagu selamat datang oleh pihak resort. Sekarang kami dah sampai. Perut pun lapar. Oleh itu kami segera berangkat ke cafe untuk menjamu selera. Pendek kata amat berselera sekali dengan lauk pauk yang sedap-sedap telah terhidang. Selesai makan aku masuk chalet bersama Ihsan dan Anuar. Kami bertiga satu chalet tapi agak malam sebab berpemandangankan stor serta gelangan tenis. Namun kami tetap cool. Janji boleh rehatkan badan serta lelapkan segala keletihan yang telah bersarang sejak semalam. Namun keletihan tersebut akan bermula tepat jam 5:00 petang nanti. Telemach antara kanak-kanak serta untuk dewasa akan menyambut sebentar lagi. Kami bersiap-siap serta terus ke padang untuk aktiviti yang selanjutnya. Mengisi air dalam botol, lari sambil membawa bola ping pong serta melukis menjadi acara untuk kanak-kanak. Bagi dewasa pula adalah boling kelapa, baling belon berisi air serta bola sepak.
Sebaik sahaja games tamat kami mandi kolam sepuas-puasnya. Malam tu kami bersiap untuk makan malam. Namun yang paling best pada masa tersebut apabila hujan tetiba menghadirkan diri membuatkan kami bertempiaran lari ke tempat berteduh. Lepas makan malam semua buat aktiviti sendiri. Aku kembali ke chalet setelah lewat malam untuk merehatkan diri. Esoknya pelbagai aktiviti yang sedang menanti kami. Pagi esoknya mencipta sejarah buat SPMS apabila sarapan dijamah oleh geng-geng bujang terlebih dahulu. Kami bangun awal serta melepak di cafe sehingga kesemua warga SPMS tiba. Aktiviti seterusnya adalah tarian pocho-pocho yang merupakan senaman untuk pagi tersebut. Agak kelakar sebenarnya. Senaman dilakukan selepas sarapan serta gelagak masing-masing semasa menari pocho-pocho.
Nampak agak ringkas pergerakan yang dilakukan namun kepenatan otot-otot badan sungguh mencengkam. Selesai susah senaman pada pagi itu. Kami kemudiannya berangkat ke pantai untuk snorkeling di Pulau Giam.
Namun keseronokkan snorkeling terbatas apabila keindahan batu karang tidah dijumpai. Kami turun sekejap, kemudian naik kembali ke daratan sambil menungu tibanya bot untuk kembali ke persisiran pantai.
Petang itu pula kami mengelilingi pulau dengan jalan darat. Inilah masanya untuk membeli belah di Pangkor. Aku dengan geng bujang hanya memantau barangan sahaja. Pendek kata "window shopping". Setelah senja kami pulau ke resort. Setelah bersiap, aku turun untuk makan malam. Pada malam ni terdapat BBQ. Namun aku hanya sempat makan sekadar untuk alas perut kerana perutku meragam. Dan malam itu warga SPMS berkaroke sehingga ke tengah malam. Aku pula pulang ke bilik untuk berehat. Namun pada malam itu satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Memancing di persisiran pandai. Aku sempat menaikan seekor ikan duri. sekitar jam 1:00 pagi aku pulang ke bilik untuk berehat. Esoknya aku tidak bersarapan. Badan rasa penat, perut terasa kenyang. Begitu juga dengan Ihsan. Namun bila Anuar telefon yang ada aktiviti memancing aku terus bangun lalu mencapai joran menuju ke persisiran. Rezeki tak diduga. Sempat juga aku menaikkan senanggi serta tuke-tuke. Puas terasa kerana batang joran yang dipikul dari KL menaikan hasil. Hampir pukul 12:00 tengah hari kami balik untuk bersiap-siap. Sebentar lagi kami akan check out dari situ. Selepas makan tengah hari kami ke Jeti untuk menaiki bot menuju ke Lumut.
Sebaik sahaja jejakkan kaki ke Lumut masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang pergi shopping malah ada juga yang terus pulang ke rumah. Aku sempat shopping sedikit makanan laut lalu pulang ke KL sebelum senja. Sesampai di KL jam menunjukkan pukul 9:00 malam. Kepenatan hilang bila teringatkan keseronokan yang berlalu. 11 julai 2010 telah memanggil kami ke Kuala Lumpur.



Semasa berada di atas feri kami mengambil peluang untuk bergambar bersama geng technical serta bersama warga SPMS.






Petang itu pula kami mengelilingi pulau dengan jalan darat. Inilah masanya untuk membeli belah di Pangkor. Aku dengan geng bujang hanya memantau barangan sahaja. Pendek kata "window shopping". Setelah senja kami pulau ke resort. Setelah bersiap, aku turun untuk makan malam. Pada malam ni terdapat BBQ. Namun aku hanya sempat makan sekadar untuk alas perut kerana perutku meragam. Dan malam itu warga SPMS berkaroke sehingga ke tengah malam. Aku pula pulang ke bilik untuk berehat. Namun pada malam itu satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Memancing di persisiran pandai. Aku sempat menaikan seekor ikan duri. sekitar jam 1:00 pagi aku pulang ke bilik untuk berehat. Esoknya aku tidak bersarapan. Badan rasa penat, perut terasa kenyang. Begitu juga dengan Ihsan. Namun bila Anuar telefon yang ada aktiviti memancing aku terus bangun lalu mencapai joran menuju ke persisiran. Rezeki tak diduga. Sempat juga aku menaikkan senanggi serta tuke-tuke. Puas terasa kerana batang joran yang dipikul dari KL menaikan hasil. Hampir pukul 12:00 tengah hari kami balik untuk bersiap-siap. Sebentar lagi kami akan check out dari situ. Selepas makan tengah hari kami ke Jeti untuk menaiki bot menuju ke Lumut.

that was the best moment in my life...
ReplyDeletePangkor...pangkor.the best place hanging out wif friendz.like 100%
ReplyDelete